Kidsventure Live Webinar 22 (Operasi Perniagaan): Sesi Ogos 2026
2 Ogos 2026 | Aktiviti TerkiniPada 1 Ogos 2026 (Sabtu), seorang peserta kanak-kanak dari komuniti setempat telah menyertai KidsVenture Live Webinar 22: Operasi Perniagaan yang berlangsung secara dalam talian di NADI Bengoh dari jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi. Webinar ini telah disampaikan oleh Encik Muhammad Fuad Bin Roslizan dengan dikendalikan oleh SSO Keusahawanan melalui platform Google Meet.
Sepanjang sesi, peserta didedahkan kepada pengenalan mengenai operasi perniagaan, termasuk aspek pengurusan harian, kepentingan perancangan yang sistematik, pengurusan sumber serta tanggungjawab yang perlu dilaksanakan bagi memastikan sesebuah perniagaan dapat beroperasi dengan lancar. Penyampaian yang interaktif turut membantu peserta memahami konsep asas keusahawanan dengan lebih mudah dan menyeronokkan.
Peserta mengikuti webinar dengan penuh perhatian serta menunjukkan minat yang tinggi terhadap perkongsian yang disampaikan. Sesi soal jawab yang diadakan turut memberi peluang kepada peserta untuk mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan topik operasi perniagaan dan mengukuhkan lagi pemahaman mereka.
NADI Bengoh berharap penyertaan dalam program seperti KidsVenture 2026 dapat terus memupuk minat generasi muda terhadap bidang keusahawanan sejak usia awal, di samping membina pengetahuan, keyakinan dan kemahiran yang berguna sebagai persediaan menghadapi cabaran dunia perniagaan pada masa hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: